Saturday, September 12, 2009

walaupun sudah 6 tahun ibu pergi..anak ini masih ingat setiap sentuhan, senyuman ibu, kata2 ibu, ngomelan ibu...terasa masih amat baru..seolah2 semua baru berlalu semalam.. tapi ketahui lah duhai ibu, anak ini tidak pernah lupakan ibu..ibu sentiasa dalam hati..subur dalam jiwa..oh ibu!anak rindu kan ibu!!betul2 rindu..:(

ibu, masih segar dalam ingatan anak dulu bertapa besarnya jasa ibu, pengorbanan ibu..ibu sanggup tidak makan kerana kami adik beradik..masa tu anak ingat lagi..masa tu ibu masak lauk kegemaran kami.gulai ikan masin..ibu menyediakan nya dengan penuh kasih sayang..ketika ibu suapkan nasi pada adik yang paling kecil, anak berkata pada ibu," ibu jemput lah makan skali". ibu jawab " makan la dulu, ibu dah makan" sambil senyum..itu lah ibu..ratu hatiku yang sentiasa tersenyum.susah senang, ibu sentiasa senyum..lepas makan, kami adik beradik bermain2 kat luar umah..adik yang paling kecil pun dah tido masa tu. tengah duk main2 ngan abang kat luar, ank rasa dahaga. anak ke dapur. masa tu ibu ada kat dapur. anak tengok ibu mengikis kerak nasi dalam periuk..ibu letak dalam pinggang..dengan perlahan ibu menjamah nasi tu.anak tengok tu semua ibu. anak terkejut sangat2..tiba2 hati anak rasa sayu, sedih yang teramat. ibu tak sedar anak tengah perhatikan ibu. tiba2 je anak rasa bersalah sangat. tanpa anak sedar ada air yang bertakung dalam kelopak mata..anak tahan..tahan.tapi anak tak terdaya..akhirnya air mata jatuh jua ke pipi anak. anak menangis di blakang pintu..oh ibu! bertapa besarnya pengorbanan mu.

ibu, anak ingat lagi, masa tu abah sakit..sebab di timpa kemalangan kat tempat kerja.ibu plak tak keja. tak ade sumber kewangan dah kat umah masa tu.duit belanja pun makin susut..anak tahu ibu susah hati kan? tapi ibu tetap jugak tersenyum..abah sakit, ibu jaga abah..kagum anak dengan ibu.seorang isteri yang solehah pada abah dan ibu mithali kepada kami, anak2 ibu.
ibu, anak ingat lagi. pada masa tu anak ngah main masak2 ng kawan2 kat luar umah. ibu panggil anak..ibu suruh beli mancis..masa anak pergi dapatkan ibu, anak tengok ibu cari sesuaatu atas bendul rumah..rupa2nya ibu cari syiling..syiling untuk beli mancis!.:( kesian anak tengok ibu..tapi akan daya masa tu anak kecil lagi..seorang anak kecil yang masih berhingus..

ibu, anak ingat lagi pada 27 februari 1997. masa tu anak darjah 6. anak baru je balik sekolah masa tu..hari tu anak lambat sampai sebab ank balik ke rumah dari sekolah dengan berjalan kaki je..iri hati juga pada teman2 yang naik basikal..tapi tak kisah la..lagipun dah biasa kan bu..sampai je umah anak terus baring..letih.Ibu tegur anak masa tu..ibu cakap,"nur, mari sini". anak pergi kat ibu..anak tengok ada sesuatu di tangan ibu..ibu hulurkan pada anak..anak tengok ada seluar trek biru(orang lening panggil la), baju t-shirt warna putih..seronok bukan main masa tu..happy sangat.ye la, anak dah lama tak pakai baju baru, asyik pakai baju pemberian orang je..tapi anak tak kisah pun..anak tengok ibu senyum. terkejut anak ketika ibu cakap" selamat hari lahir"..anak terkedu dan terus peluk ibu.anak cium pipi ibu..terima kasih ibu..anak langsung tak ingat pun hari tu hari lahir anak..teruk kan ank ni kan bu..
~petang tu anak ade hari sukan kat sekolah..anak wakil rumah biru dalam acara larian kategori pompuan..anak pakai baju dan seluar yang ibu hadiahkan..begitu bersemangat sekali anak petang tu.ibu tahu ibu, anak menang dalam acara tu..dan medal anak pada hari tu untuk ibu..terima ksaih ibu.kerana bagi semangat kat anak..anak sayang ibu..

ibu, anak ingat lagi, pada setiap malam ibu pasti akan menceritakan kisah2 cerita zaman2 pak kaduk dulu..ibu dodoikan tido kami adik beradik dengan bercerita setelah kami, anak ibu selesai mengaji Al-Quran dengan abah.anak suka dengar cerita ibu..cerita gergasi besar dengan 6 adik-beradik yang di buang ibu bapanya kerana kemiskinan hidup tu anak masih ingat lagi..kisah dua beradik yang tersesat didalam hutan kerana di tinggalkan ibu bapanya itu pun anak masih ingat lagi..saat yang best nya kan bu masa ibu cerita, kami adik baradik macam gam yang lekat pada ibu..sorang duk kat lengan kanan ibu, kiri ibu,sorang baring kat peha ibu, kat kaki ibu..hehehe..klakar kan bu..tapi ibu tak marah kami tido macam tu kan..kami nak sentiasa dekat ngan ibu..sabar nya ibu. ibu akan bercerita sampai kami, anak2 ibu tido..terima kasih ibu..dodoikan kami..anak sayang ibu

kini, ibu hanya dalam kenangan..Tuhan lebih sayangkan ibu..ibu telah meninggalkan anak2 ibu pada hari ulang tahun kelhiran ibu yang ke 48 iaitu 17 november 2003. kini, anak hanya mampu menatap wajah senyuman ibu hanya dalam ingatan anak..tetap segar senyuman tu ibu..anak tidak mampu membelai, menjaga ibu lagi..hanya tanah dan nesan batu yang menjadi wakil sentuhan anak kepada ibu. ibu, kenangan bersama ibu, akan anak abadi kan selama-lamanya di dalam sanubari..pengorbanan ibu amat ternilai dan sampai mati pun tidak akan dapat dibayar. justeru ibu, anak sentiasa doakan kebahgiaan ibu di sisi-Nya, kesejahteraan ibu di Akhirat.. insyaallah.ibu, segala pesan ibu anak akan tunaikan..adik2 iaitu anak2 kecil ibu yang ibu tinggalkan akan anak jaga sebaik2nya. itu janji anak pada ibu..ibu, damailah engkau di SANA, ku taburi doa mewangi. hadiah dari anak mu..IBU!..ibu. engkau la "ibu ku, ratu hati ku"..Al-Fatihah.

0 comments: